AMK : Respon Terhadap Penubuhan Kelab Penyokong UMNO di Kampus

Respon Terhadap Kenyataan Ketua Pemuda Umno Malaysia Terhadap Isu Penubuhan Kelab Penyokong Umno Di Kampus IPT.

Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menyambut baik pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan mahasiswa terlibat secara langsung dengan parti-parti politik.Ini merupakan kejayaan hasil perjuangan dan desakan Pakatan Rakyat serta gerakan mahasiswa secara tersusun sejak beberapa tahun ini.

Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan melihat pengumuman Ketua Pemuda UMNO Yb Khairy Jamaludin hari ini untuk menubuhkan kelab penyokong UMNO di IPT  sebagai terdesak untuk meraih sokongan mahasiswa  dan  seolah-olah beliau tidak yakin dengan  gerak kerja doktrinisasi yang dilakukan oleh UMNO melalui Bahagian  Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Program Biro Tata Negera (BTN) yang secara langsung menanam rasa kebencian dan menghasut mahasiswa dengan fakta-fakta yang diputarbelitkan untuk menakutkan mahasiswa demi kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.

Biro Mahasiswa AMK mencadangkan kepada  Ketua Pemuda Umno Malaysia untuk bersama-sama memperjuangkan ruang  diskusi intelektual di kampus-kampus IPTA/IPTS seluruh negara dengan memberikan peluang kepada pimpinan parti politik terutamanya dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat untuk masuk ke dalam kampus  berdebat dan berdiskusi untuk menerangkan dasar dan polisi yang dibawa.Ini dilihat lebih membawa kesan positif kepada mahasiswa daripada beliau ghairah melakukan kadernisasi dikalangan mahasiswa untuk dijadikan jentera menjelang pilihan raya umum ke 13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Biro Mahasiswa AMK juga menyeru Timbalan Naib Cancelor lebih bersikap terbuka dan mengambil semangat pindaan AUKU yang telah dibuat demi memastikan martabat Universiti sebagai gedung ilmu terus terpelihara.Ruang yang adil harus diberikan kepada kesemua pimpinan parti politik di Malaysia untuk masuk ke kampus dan jangan sesekali menjadi alat dan perkakas parti yang memerintah.

Biro Mahasiswa AMK akan mengambil inisiatif untuk menghantar surat permohonan kepada HEP IPT seluruh negara untuk masuk mengadakan dialog menerangkan dasar-dasar yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat kepada mahasiswa.AMK percaya mahasiswa merupakan aset negara yang tidak boleh diperkecilkan intelektual mereka dengan meminta mereka memberikan sokongan membuta tuli.

Muhamad Affandi B Abdul Malik
Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa
Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Tiada berita berkaitan.

Perihal

RTop

Komen anda

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*

Angkatan Muda KEADILAN

Kembali ke atas